Wednesday 17 July 2013

Antara tips-tips penting utk di kongsikan agar keberkesanan semasa mengacarakan Majlis :-



 1. Hapuskan bunyi 'aa'. perasan tak,kita biasa sebut 'aa' bila gugup. itu menjejaskan kelancaran dan kefasihan kita bila berckp. tips,kalau rasa nak sebut 'aa', telan perkataan 'aa' tu. biar silence. maksudnya, terasa nk ckp 'aa' je, telan. boleh faham kan? hahaha! cuba nanti.

2. luahkan emosi kita dlm teks majlis. cthnya, kalau majlis tu tentang anugerah apa2, mesti kena ceria. kalau majlis tu ttg persaraan ke, jgnlah happy sgt,kena ada sayu2 sikit. kena sesuaikan emosi kita dgn tema majlis.

3. postur badan mesti betul. jgn membongkok. cuba letak bantal kat lengan, biar 'buka' skit dada tu. lama2 kita akan biasa dgn postur badan yg tegak dan mendada.

4. setiap pengacara mesti ada kemahiran 'menggoreng' ayat. tp jgnlah merepek2 pulak. sbb itulah pentingnya kena ada ilmu. kena byk membaca. guna seloka, pantun atau pepatah apa2 utk menyedapkan gorengan ayat. 

5. kena cepat beri reaksi atau kenyataan bila tgk sesuatu dlm majlis.alert !!!

6. untuk menghilangkan debaran, jgn tunduk. salah tu. nak bg hilang nervous, renung mata audiens. pilih wajah yg anda rasa selesa dan sedap memandang. tgk dia. hehehe..selain itu sentuhan. kalau boleh berckp dpn2 audiens, sentuh bahu audiens (sama2 jantina lah), sentuhlah kerusi ke, meja ke, apa2 yg patut. sesetgh org suka pegang pen dan sebagainya...

7. take your time. ambik masa anda utk berckp. jgn kalut2. tenang. rileks. pengucapan awam ni sebenarnya lebih kepada praktikal, bukan menghafal atau bergantung pada skrip.

8. tunjuk kelebihan yg kita ada, utk menutup kelemahan kita. semua org tidak sempurna,. tp tidak bermakna kita tak boleh buat yg terbaik. apa yg penting, adalah usaha, cari ilmu dan latihan.


MEMERLUKAN KURSUS PENGACARAAN DAN PENGUCAPAN? 
HUBUNGI 017 2982503 En. Mohd Azhani

No comments:

Post a Comment